Description
BAJU GOMBANG PENDEK V.2 — TAMADUN
Warisan Diperhalusi
Klasik pada rupa, selesa untuk lelaki aktif.
Mengangkat keindahan busana Melayu dalam gaya moden. Baju Gombang Pendek V.2 mengekalkan potongan berpesak dan berkekek, dipadankan dengan jalur halus untuk penampilan kemas dan bersahaja.
Keistimewaan:
• Material Premium Cotton — selesa untuk pemakaian harian.
• Leher Teluk Belanga — diserikan butang batu zircon.
• Berpesak dan berkekek — warisan potongan Melayu yang memberi ruang pergerakan.
• Lengan tiga suku, potongan longgar — praktikal untuk lelaki aktif.
• Dua poket sisi lebih dalam — menyimpan barang dengan kemas dan membantu mengurangkan risiko barang terkeluar ketika duduk.
Gayakan bersama seluar untuk penampilan santai, atau lengkapkan dengan songkok dan samping untuk menyerlahkan pesona tradisi. Sesuai untuk ke masjid, majlis keluarga, acara santai dan aktiviti harian.










Reviews
There are no reviews yet.